Wednesday, September 19, 2012

Hala tuju selepas SPM ? Minat atau kerjaya bagus?





Salam 1 Malaysia semua...Apa khabar? Semoga semuanya sihat selalu...hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya selepas SPM untuk adik-adik sekalian. Waktu selepas SPM dulu saya tidak tahu arah tuju saya. Semua borang yang keluar saya beli. Borang maktrik sudah lama di beli dan di isi  waktu di sekolah lagi. Saya pelajar kejuruteraan di sekolah teknik dan mengambil 10 subjek ketika itu. Keputusan yang saya dapat kurang memuaskan tapi masih layak memohon UPU, Matrik, dan Politeknik. Semua borang ini saya  isi dan memohon dengan memilih kursus kejuruteraan. 

Setelah keputusan Matrik keluar, saya berasa kecewa kerana saya tidak terpilih untuk melanjutkan pengajian ke sana. So saya tunggu result UPU plak, semasa menungu saya mendapat tawaran 2nd intake untuk ke Matrik. Pada ketika itu hati saya bercampur baur dan keliru untuk pergi atau tidak, lagipun saya sudah terlewat 2 minggu pengajian, mampukah saya ikut nanti memandangkan belajar di matrik sangat cepat dan padat...so saya pergi berjumpa dengan cikgu kauselor...cikgu nasihatkan saya supaya berfikir kalau ke matrik memang kena score betul-betul, kalau dapat result kurang memuaskan mean 3.00 and below may be dapat course lelong...so setelah berfikir panjang saya mengambil keputusan untuk tidak pergi, lagipun surat saya dapat lagi 3 hari untuk daftar, saya takut tidak terkejar nanti dengan harapan saya akan mendapat IPTA. Namun setelah result UPU keluar saya tidak mendapat tempat di sana. Perasaan saya kecewa sangat pada ketika itu. Rasa menyesal tidak daftar matrik, ada orang cakap nama saya dah dalam matrik so dekat upu takkan ada sebab akan dapat salah satu. Nasib baik kawan saya mencadangkan membuat rayuan kepada Universiti yg saya hendaki. Alhamdullilah saya mendapat 4 tawaraan dari 5 Universiti yg saya pohon. So saya memilih salah satu universiti tersebut untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dalam jurusan kejuruteraan dan setelah tamat peringkat diploma selama 3 tahun saya melanjutkan di universiti lain dalam jurusan yg sama pada peringkat ijazah.

Sekarang saya suri rumah sepenuh masa dan mempunyai seorang anak berusia 6 bln 1/2 dan masih mencari kerja yg sesuai. Walaupun tidak bekerja saya berasa gembira dapat menjaga anak saya sendiri dan dapat membuat kerja rumah. Ada juga tawaran kerja yg saya terima tetapi tidak bersesuaian dengan status saya sekarang seorang isteri dan seorang ibu. Buat apa kerja penat-penat tapi tiada life kan. So saya tolak dulu, mungkin tiada rezeki lagi. Tidak rugi belajar tinggi walaupun kita menjadi suri rumah. Ilmu dan pengalaman yg kita perolehi di universiti sangat berharga dan boleh di guna seumur hidup dengan pelbagai cara saya sama ada berkerja dengan sektor swasta ataupun kerajaaan mahupun sebagai suri rumah. Ini hanya pendapat dan pemikiran saya. Lain orang lain pendapat dan pemikirannya. Terpulang la pada masing-masing cara untuk menilai dan membuat keputusan. Yang penting apa yg kita buat kita merasa bahagia dan tiada tekanan dalam hidup. Semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat....gud luck all of you....



So the moral of the story jangan cepat putus asa. dont give up ......jumpa lagi next entry




1 comment:

  1. thanks for sharing your Blog
    don't forget to vist my Blog too !
    in my Blog You can see how to make money online . . .

    ReplyDelete