Saturday, September 22, 2012

Cara untuk dapatkan duit tambahan hanya dari rumah


Salam semua, di sini saya ingin berkongsikan beberapa cara untuk mendapatkan duit tambahan sama ada anda bekerja atau pun suri rumahtangga sepenuh masa..

1. Jual barangan kitar semula.
Walaupun hasilnya tidak seberapa, tetapi kalau di kumpulkan sedikit demi sedikit, hasilnya agak lumayan. Disamping itu, anda juga dapat menjaga alam sekitar serta mendapat pahala dari amalan  mulia ini.

2. Berblog 
Di sini memerlukan kerajianan mengemas kini blog anda selalu supaya ramai pembaca mengunjungi blog anda. Anda boleh menulis apa sahaja topik yang ada ketahui berdasarkan pengalaman, aktiviti harian atau pun dari pembacaan anda. Setelah itu, ada boleh daftar dengan nuftnang ataupun google adsense yang merupakan syaraikat pengiklanan secara online. Anda akan mendapat duit sekiranya ada pembaca yang mengunjungi blog anda atau mengklik pada iklan yang di siarkan.

3. Pinjaman untuk Simpanan ASB
Sekiranya anda bekerja, anda boleh membuat pinjaman untuk simpanan ASB. Pada tahun permulaan sahaja, anda perlu membayar dengan duit sendiri secara bulanan, pada tahun berikutnya anda hanya perlu menggunakan  duit dividen sahaja untuk membayarnya dan akhir sekali anda akan dapat hasil simpanan anda tanpa perlu mengeluarkan duit anda.

4. Menggunakan kemahiran menjahit
Sekiranya anda mempunyai kemahiran menjahit baju atau manik, anda boleh mengambil tempahan secara online ataupun direct. Sekiranya anda mempunyai minat menjahit anda boleh memperlajari dari internet ataupun mengikuti kelas jahitan yang di sediakan.

5. Menjual makanan
Menjual barangan makanan adalah salah satu cara yang selalu di lakukan oleh kebanyakkan orang. Anda boleh menjual coklat buatan sendiri, kuih muih, kuih raya dan kek, nasi lemak dan pelbagai jenis makanan lagi. Anda juga boleh membuat katering secara kecil-kecilan seperti untuk 50 orang makan dan sebagainya.

6. Mengambil upah menjaga bayi dan kanak-kanak
Anda boleh mengambil upah menjaga bayi atau kanak-kanak. Kerja ini memerlukan minat dan kesabaran untuk melayan kerenah kanak-kanak tersebut.

7. Berkebun
Anda boleh menanam sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan serta pokok bunga sekiranya anda mempunyai ruang di rumah atau tanah. Hasil tanaman anda boleh di jual di pasar tani, restoran makanan atau pun jiran-jiran berdekatan.

8. Menjadi freelance atau pekerja bebas. Jika anda mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang contohnya web and graphic designer, data entry, typing, writer dan lain-lain kemahiran. Anda boleh menggunakan kemahiran tersebut untuk berkerja dengan company yg menawarkan kerja secara online.

Ini di antara cara yg boleh anda cuba, banyak lagi cara lain yg boleh anda lakukan untuk mendapat duit hanya di rumah.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Thanks infonya. Saya cari duit dari ngeblog tuh.

    ReplyDelete
  3. Ane ikut 2 orang di atas, nyari tambahan duit lewat blog.
    mampir juga ke Blog ane ya...

    ReplyDelete
  4. Dan sekarang,cuba kerja freelance..

    HAPPY BLOGGING

    ReplyDelete
  5. Hehehe...
    Dah mampir ke blog ane belum?
    Banyak postingan menarik lho...

    ReplyDelete
  6. Salam kenal sobat.
    http://www.sfi4.com/12521904/free semoga berminat.

    ReplyDelete