Saturday, September 22, 2012

Cara untuk dapatkan duit tambahan hanya dari rumah


Salam semua, di sini saya ingin berkongsikan beberapa cara untuk mendapatkan duit tambahan sama ada anda bekerja atau pun suri rumahtangga sepenuh masa..

1. Jual barangan kitar semula.
Walaupun hasilnya tidak seberapa, tetapi kalau di kumpulkan sedikit demi sedikit, hasilnya agak lumayan. Disamping itu, anda juga dapat menjaga alam sekitar serta mendapat pahala dari amalan  mulia ini.

2. Berblog 
Di sini memerlukan kerajianan mengemas kini blog anda selalu supaya ramai pembaca mengunjungi blog anda. Anda boleh menulis apa sahaja topik yang ada ketahui berdasarkan pengalaman, aktiviti harian atau pun dari pembacaan anda. Setelah itu, ada boleh daftar dengan nuftnang ataupun google adsense yang merupakan syaraikat pengiklanan secara online. Anda akan mendapat duit sekiranya ada pembaca yang mengunjungi blog anda atau mengklik pada iklan yang di siarkan.

3. Pinjaman untuk Simpanan ASB
Sekiranya anda bekerja, anda boleh membuat pinjaman untuk simpanan ASB. Pada tahun permulaan sahaja, anda perlu membayar dengan duit sendiri secara bulanan, pada tahun berikutnya anda hanya perlu menggunakan  duit dividen sahaja untuk membayarnya dan akhir sekali anda akan dapat hasil simpanan anda tanpa perlu mengeluarkan duit anda.

4. Menggunakan kemahiran menjahit
Sekiranya anda mempunyai kemahiran menjahit baju atau manik, anda boleh mengambil tempahan secara online ataupun direct. Sekiranya anda mempunyai minat menjahit anda boleh memperlajari dari internet ataupun mengikuti kelas jahitan yang di sediakan.

5. Menjual makanan
Menjual barangan makanan adalah salah satu cara yang selalu di lakukan oleh kebanyakkan orang. Anda boleh menjual coklat buatan sendiri, kuih muih, kuih raya dan kek, nasi lemak dan pelbagai jenis makanan lagi. Anda juga boleh membuat katering secara kecil-kecilan seperti untuk 50 orang makan dan sebagainya.

6. Mengambil upah menjaga bayi dan kanak-kanak
Anda boleh mengambil upah menjaga bayi atau kanak-kanak. Kerja ini memerlukan minat dan kesabaran untuk melayan kerenah kanak-kanak tersebut.

7. Berkebun
Anda boleh menanam sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan serta pokok bunga sekiranya anda mempunyai ruang di rumah atau tanah. Hasil tanaman anda boleh di jual di pasar tani, restoran makanan atau pun jiran-jiran berdekatan.

8. Menjadi freelance atau pekerja bebas. Jika anda mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang contohnya web and graphic designer, data entry, typing, writer dan lain-lain kemahiran. Anda boleh menggunakan kemahiran tersebut untuk berkerja dengan company yg menawarkan kerja secara online.

Ini di antara cara yg boleh anda cuba, banyak lagi cara lain yg boleh anda lakukan untuk mendapat duit hanya di rumah.

Krim Cetaphil untuk di jual...Moisturizing Cream hanya RM 35



Salam semua. Kali ini my entry about Cetaphil Cream. Krim ni saya beli sebab my baby jadi ruam dekat badan dia. Tapi tak la banyak sangat. Kakak ipar saya pun anak dia jadi cam tu jugak. Umur anak dia sebaya dengan my baby. Dia  gi jumpa doktor pakar kanak-kanak. So doktor suggestkan untuk pakai krim ni, memang berkesan untuk anak dia. But for my baby kurang berkesan. My be kurang sesuai untuk my baby. Saya hanya menggunakan 2 kali sahaja dan kuantitinya masih banyak. Expire date November 2014. Harga saya beli RM 50. Di sini saya ingin menjual dengan hanya RM 35  tidak termasuk kos penghantaran. Sesiapa berminat boleh email saya <hariza86@gmail.com> for more detail. Harga still can nego...

Cara mencengah ruam lampin pada bayi

Salam 1 Malaysia semua. Apa khabar? Harap semuanya sihat2 berlaka ya. Hari ini saya ingin berkongsikan  cara bagaimana untuk mencengah ruam lampin pada bayi. Yela mencengah lebih baik dari mengubati kan. Actually saya baru menjadi ibu. This is my first baby. My baby waktu baru lahir sampai la umur 5 bulan tak pernah kena ruam lampin sebabnya since lahir mak mentua saya letakkan tepung ubi sewaktu memakai lampin. Sangat berkesan. Ini petua orang dulu-dulu. Yela dulu mana la ada jual krim and bedak macam-macamkan. Kalau ada pun mungkin mahal dan susah nak keluar untuk beli. 

Selepas itu, tepung yg di berikan oleh ibu mentua saya telah habis. Ingatkan tak apa, so saya gantikan dengan bedak baby biasa sewaktu memakaikan lampin. Saya ingatkan ok just gunakan bedak biasa coz bedak kan nak bagi kawasan pungung agak kering dan bau harum. Selepas itu ruam lampin pun terjadi pada my baby. Saya mula la panic sebab nampak agak merah. Saya gi jumpa doktor. Doktor cakap dan terkena kulat. So dia bagi krim Econazine untuk di sapu. Sangat berkesan. Hari ni pakai sok dah nampak perubahanya. Nasib baik tak teruk sangat. So di bawah ini saya listkan tips untuk mencengah ruam lampin sebelum terkena. Kalau dah terkena kesian baby anda mesti pedihkan bila terkena air kencing.

Tips untuk mencengah ruam lampin
  1. Sapukan tepung ubi atau tepung ...cara paling jimat dan berkesan, petua orang dulu-dulu
  2. Sapukan bedak berubat seperti Bedak agnesia, 
  3. Sapukan krim yg boleh di dapati di klinik atau farmasi seperti Drapolene, Cetaphil, Econazine, Cortisone dll.
  4. Tukar lampin sekerap mungkin. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin terlalu lama.
  5. Basuh punggung bayi atau lap dengan tisu basah sebelum menukar lampin.
  6. Sekali sekala biarkan bayi anda tanpa memakai lampin untuk memberi pengudaraan pada punggung bayi.
Contoh krim yg boeh di gunakan.

Ini tips paling ringkas, mungkin ramai di luar sana sudah tahu, tapi bagi yg belum tahu boleh la mencuba tips ini. Sangat berkesan. Selamat mencuba.

Wednesday, September 19, 2012

Hala tuju selepas SPM ? Minat atau kerjaya bagus?





Salam 1 Malaysia semua...Apa khabar? Semoga semuanya sihat selalu...hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya selepas SPM untuk adik-adik sekalian. Waktu selepas SPM dulu saya tidak tahu arah tuju saya. Semua borang yang keluar saya beli. Borang maktrik sudah lama di beli dan di isi  waktu di sekolah lagi. Saya pelajar kejuruteraan di sekolah teknik dan mengambil 10 subjek ketika itu. Keputusan yang saya dapat kurang memuaskan tapi masih layak memohon UPU, Matrik, dan Politeknik. Semua borang ini saya  isi dan memohon dengan memilih kursus kejuruteraan. 

Setelah keputusan Matrik keluar, saya berasa kecewa kerana saya tidak terpilih untuk melanjutkan pengajian ke sana. So saya tunggu result UPU plak, semasa menungu saya mendapat tawaran 2nd intake untuk ke Matrik. Pada ketika itu hati saya bercampur baur dan keliru untuk pergi atau tidak, lagipun saya sudah terlewat 2 minggu pengajian, mampukah saya ikut nanti memandangkan belajar di matrik sangat cepat dan padat...so saya pergi berjumpa dengan cikgu kauselor...cikgu nasihatkan saya supaya berfikir kalau ke matrik memang kena score betul-betul, kalau dapat result kurang memuaskan mean 3.00 and below may be dapat course lelong...so setelah berfikir panjang saya mengambil keputusan untuk tidak pergi, lagipun surat saya dapat lagi 3 hari untuk daftar, saya takut tidak terkejar nanti dengan harapan saya akan mendapat IPTA. Namun setelah result UPU keluar saya tidak mendapat tempat di sana. Perasaan saya kecewa sangat pada ketika itu. Rasa menyesal tidak daftar matrik, ada orang cakap nama saya dah dalam matrik so dekat upu takkan ada sebab akan dapat salah satu. Nasib baik kawan saya mencadangkan membuat rayuan kepada Universiti yg saya hendaki. Alhamdullilah saya mendapat 4 tawaraan dari 5 Universiti yg saya pohon. So saya memilih salah satu universiti tersebut untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dalam jurusan kejuruteraan dan setelah tamat peringkat diploma selama 3 tahun saya melanjutkan di universiti lain dalam jurusan yg sama pada peringkat ijazah.

Sekarang saya suri rumah sepenuh masa dan mempunyai seorang anak berusia 6 bln 1/2 dan masih mencari kerja yg sesuai. Walaupun tidak bekerja saya berasa gembira dapat menjaga anak saya sendiri dan dapat membuat kerja rumah. Ada juga tawaran kerja yg saya terima tetapi tidak bersesuaian dengan status saya sekarang seorang isteri dan seorang ibu. Buat apa kerja penat-penat tapi tiada life kan. So saya tolak dulu, mungkin tiada rezeki lagi. Tidak rugi belajar tinggi walaupun kita menjadi suri rumah. Ilmu dan pengalaman yg kita perolehi di universiti sangat berharga dan boleh di guna seumur hidup dengan pelbagai cara saya sama ada berkerja dengan sektor swasta ataupun kerajaaan mahupun sebagai suri rumah. Ini hanya pendapat dan pemikiran saya. Lain orang lain pendapat dan pemikirannya. Terpulang la pada masing-masing cara untuk menilai dan membuat keputusan. Yang penting apa yg kita buat kita merasa bahagia dan tiada tekanan dalam hidup. Semoga anda semua berjaya di dunia dan akhirat....gud luck all of you....



So the moral of the story jangan cepat putus asa. dont give up ......jumpa lagi next entry